Pengumuman / Disclaimer
Monday, April 13, 2009
Sunday, March 29, 2009
Dari Blog Lan Chini - Cuka Kayu vs Kulat Oren
Mengenai cuka kayu
Kali ni saya ingin berkongsi pengalaman kami menggunakan cuka kayu. Saya pasti ramai pengusaha cendawan dah tahu dan mungkin juga telah pun gunakan cuka kayu ni. Selain untuk perusahaan cendawan, cuka kayu juga boleh di aplikasi pd projek tani lain seperti cili, tomato dan sebagainya. Chini Agro pertama kali guna cuka kayu pada hujung bulan Januari yang lalu.Waktu terkena serangan kulat oren yang lalu, saya cuba mencari 'nutrisi tambahan' supaya bungkah lebih tahan terhadap serangan oren. Bagi saya, dalam banyak2 penyakit yang ada, penyakit kulat oren la yang paling menyusahkan sekali. Sebabnya, ia mudah berjangkit tetapi pada masa yang sama masih boleh keluarkan hasil. So terpaksala buat kerja-kerja pengasingan yang banyak gunakan tenaga dan masa. Ini la yang saya katakan agak menyusahkan..Kebetulan tauke cuka kayu ( Mr Tan ) ada hantar email kepada ramai pengusaha cendawan termasuk saya mempromo kan produk cuka kayu. Kalu ikutkan risalah promosi tu, ia banyak ceritakan kelebihan cuka kayu terhadap kulat hijau. Terdetik hati saya untuk mencubanya, sekurang-kurangnya nak tahu kesannya pada penyakit oren ni. Tempat kami pun ada kulat hijau, tapi Alhamdulillah, kuantitinya sangat sedikit.Dan selepas 3 bulan menggunakan cuka kayu, resultnya terhadap kulat oren memang bagus. Selepas mencampurkan cuka kayu ke dalam campuran habuk, tiada lagi bungkah yang terkena kulat oren. Perbezaanya memang ketara sebab sebelum ni mesti ada je bungkah yang terkena kulat oren. Bila time hujan, bilangan bungkah terkena jangkitan akan meningkat berganda-ganda. Tapi sekarang, bilangan bungkah yang terkena kulat oren adalah zero.Saya turut melakukan testing merawat bungkah yang dah kena penyakit kulat hijau. Saya cairkan cuka kayu ikut nisbah yang diberi dan spray ke dalam bungkah kulat hijau sebelum pasang semula tutup rehat. Saya biarkannya begitu untuk 2,3 minggu. Tapi resultnya kurang memuaskan sebab terlalu sedikit bungkah yang ada tanda-tanda akan pulih. Kebanyakan bungkah terus menjadi hijau dan terpaksa dibuang.Di atas ialah testimoni dari pihak kami berdasarkan pengalaman/testing yang kami lakukan. Mungkin pengguna lain mendapat keputusan yang berbeza kerana banyak faktor boleh pengaruhi keberkesanan cuka kayu ni. Antaranya sukatan cuka kayu tu sendiri.
Tuesday, September 23, 2008
Kebenaran Berkenaan Wood Vinegar
Kelebihan Cuka kayu
Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.
1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.
Di negara ini cuka kayu telah banyak digunakan ke atas pokok kelapa sawit, getah, cili, sayuran, buah-buahan, cendawan, juga sebagai nyah bauan seperti bilik air, tong sampah, longkang dan sebagainya lagi.Cuka kayu juga digunapakai untuk tujuan kosmetik dimana boleh merawat penyakit kulit seperti alergi, kegatalan, membaikpulih struktur kulit serta penjagaan kulit.
Kelebihan cuka kayu sebagai anti oksida juga tidak dinafikan dimana beberapa syarikat luar negara seperti Jepun, Korea dan China menggunakan cuka kayu sebagai bahan utama produk detoxin seperti detox plaster.Antara kelebihan cuka kayu lagi adalah sebagai bahan perasa tambahan kepada masakan dan juga boleh diminum dengan sukatan yang betul untuk melancarkan sistem penghadaman serta melawaskan perut.
Oleh : A.Bakar - CendawanMelaka
Monday, September 22, 2008
Pembuka Bicara
PENGENALAN
Cuka kayu @ wood vinegar telah digunakan di Jepun, Taiwan & Eropah secara meluas untuk pertanian organik, hortikultur, dusun, taman, padang golf, estet, ladang ternakan dan kegunaan rumahtangga.
Ia juga berperanan sebagai baja asli, menggembur dan meneutralkan keasidan tanah dan secara langsung membantu pertumbuhan tanaman.
Cuka kayu juga membunuh kuman dan menghilangkan bau busuk. 100% organik, tidak merbahaya kepada haiwan, tumbuhan dan manusia dan boleh dijadikan sebagai tambahan kepada makanan ternakan.
Produk buatan Malaysia berkualiti export, terdapat dalam 2 gred, pertanian dan kosmetik.
Ia mampu mengurangkan jerawat, mematikan sel-sel ketuat dan menyerap toksik dalam badan.
Ia merupakan hasil sampingan proses pembuatan arang yang selama ini hanya dibiarkan bebas dan terbuang begitu sahaja.
Friday, September 19, 2008
Wood Vinegar vs Kulat Hijau
Sekiranya anda membuat bongkah sendiri, gunakan air larutan wood vinegar utk bancuhan media, pada kadar kepekatan 500-1000x. Perbezaan nisbah ini bergantung kepada kualiti habuk kayu yang dibunakan. Habuk yang masih baru, 1000x dan kepekatan ditambah secara berperingkat sehingga maxima 500x untuk habuk yang sudah lama atau habuk guna semula dari bongkah yang sudah tamat pengeluaran. InsyaAllah bongkah akan selamat dari serangan kulat hijau, oren dan hitam.
Pengukusan bongkah selama 3 jam pun sudah memadai untuk pengukusan menggunakan steamer dan 2 jam sahaja sekiranya anda menggunakan tong drum. Ini kerana cuka kayu sudah membunuh sebahagian bakteria & kulat merbahaya dalam campuran medium bongkah. Sedikit cuka kayu tulen boleh dicampur kepada air kukusan sekiranya mahu untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar bongkah yang telah dikukus nanti.
Thursday, September 11, 2008
pH = 2.47
Total acidity = 60.0%
Color = Yellowish
Specific Gravity = 1.0098
Organic Acid = 1.032mg/l
Analyzed by : Ms. Nor Azwani Bt. Zainol
Research Officer, CEPP, UTM
Approved by : Prof. Dr. Mohamad Roji Bin Sarmidi
R & D Manager, CEPP, UTM
Reff: Lab.Ref./Wood Vinegar/01
Signed on: Feb 12th. 2008
Wednesday, September 10, 2008
Ciri-ciri & Aplikasi Am
- Bertindak sebagai penangkis makhluk perosak, mengawal pertumbuhan kulat merbahaya dan bakteria.
- Membasmikuman dan meneutralkan keasidan tanah, membaiki tahap pH dan menambah kepekatan Nitrogen menjadikan tanah lebih sihat.
- Mengurangkan kerosakan oleh penyakit tumbuhan dan serangga musuh tanaman.
- Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan baja komersial sehingga 50%.
- Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan, menambah kemanisan buah-buahan dan tebu.
- Menghilangkan bau bahan buangan ladang dan membasmikuman ladang ternakan lembu, ayam dan sebagainya.
- Sebagai bahan tambahan makanan ternakan - menambah kualiti dan kemanisan daging ternakan & ikan, menambah nutrien telor.
- Mengurangkan masa kukusan bongkah cendawan, menghindar masalah kulat hijau, oren dan hitam dalam industri cendawan.
Aplikasi & Penggunaan Pertanian
- Untuk kawalan makhluk perosak dan mikroorganisma pada lubang tanaman, cairkan pada nisbah 1:50 (cuka kayu : air) 10 hari sebelum menanam, siramkan pada lubang tanaman.
- Untuk mengelakkan hama dalam proses pembenihan, cairkan pada nisbah 1:800, semburkan pada benih di tapak semaian setiap 10 hari.
- Untuk mengawal makhluk perosak dan membunuh kulat merbahaya, cairkan pada nisbah 1:200, semburkan pada pucuk dan daun seminggu sekali.
- Untuk membasmikuman dan meneutralkan pH tanah, cairkan pada nisbah 1:300, siramkan pada akar pokok.
- Untuk mengurangkan buah gugur dan menambah kualiti buah, cairkan pada nisbah 1:500, semburkan pada putik buah.
- Untuk kawalan serangga, gunakan pada kecairan 1:1000 dan campurkan dengan 50% kepekatan racun serangga dari biasa.
- Untuk kawalan rumpai/lumut, nisbah 1:5, semburkan terus pada rumpai/lumut.
- Boleh digunakan sebagai mandian ternakan (kecairan 500-1000x), campuran makanan (kecairan 100x, 1 liter utk 100kg makanan) dan juga sebagai bahan antikuman untuk pembersihan kandang (kecairan 100-500x).
- Ini dapat menghilangkan sakit perut haiwan, meningkatkan kualiti daging, susu, merangsang pembesaran dan menjadikan haiawan berasa lebih "selesa".
- Letakkan secawan kecil cuka kayu asli pada sudut tandas akan menghilangkan bau tidak menyenangkan.
- Mengurangkan semut, lipas dan lain-lain serangga, cairkan 1:2, sembur pada sudut-sudut rumah.
- Menghilangkan bau sampah, cairkan pada nisbah 1:5, semburkan pada tong dan bekas sampah.
GRED KOSMETIK
Umum (kecairan 10%)
- Menghilangkan bau rokok dan lain-lain bau tidak menyenangkan di dalam bilik dan kenderaan.
- Menghilangkan bau busuk di dapur, tandas, rak kasut dan stor.
- Bertindak sebagai penghalau serangga & mempunyai kesan steril (basmikuman).
Penyakit Kaki Ulat Air (Athlete's foot)
- Sembur pada kaki yang bermasalah atau rendam kaki pada larutan 10% gred kosmetik.
- Untuk masalah yang kritikal, basahkan kapas dengan cuka kayu tulen gred kosmetik dan kepitkan di celah-celah jari kaki.
- Sembur pada ketiak untuk menghilang bau tidak menyenangkan sebelum menggunakan pewangi biasa anda.
- Sapukan pada muka berjerawat, biarkan 5 minit dan bilas dengan air bersih setiap hari.
- Sembur pada kulit yang menghadapi masalah alahan, bilas selepas 5 minit atau bancuh 2 sudu teh cuka kayu tulen ke tab mandi. Ini akan menghilangkan gatal-gatal, alahan dan memulihkan penyakit kulit.
- Sapu cuka kayu tulen mnggunakan putik kapas pada kutil/ketuat akan melembut dan mematikan sel-sel seterusnya menghaluskan kulit.
- Kaedah mandian juga akan mematikan sel-sel ketuat secara jangka panjang.
- Mampu mengawal dan menyembuh kencing manis, amalkan minum segelas air bersih dengan 7 titik cuka kayu tulen secara jangka panjang. AMARAN, untuk permulaan, gunakan 1 titik dahulu, seterusnya tingkatkan kepekatan sehingga 7 titik setiap gelas minuman.
- Campurkan 1 sudu teh cuka kayu tulen ke dalam cucian akan memutihkan pakaian dan anda tidak memerlukan peluntur berbau lagi.
- Lembabkan tisu dengan cuka kayu tulen, lekapkan pada tapak kaki sebelum tidur (pakai stokin jika perlu), anda akan bangun pagi lebih segar kerana sebahagian toksik di dalam badan telah disedut keluar.